...


Monday, December 20, 2010

SEUNTAI BICARA













Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Illahi atas segala limpah dan kurniaNya, laman blog Layar Kembara ini akhirnya berjaya direalisasikan. Laman blog ini adalah bertepatan sekali dalam konteks keperluan semasa untuk mendokumentasikan pelbagai infomasi dan merakamkan segala aktiviti kajian kumpulan penyelidikan pelancongan. Laman blog ini menyediakan pelbagai rujukan, informasi dan berita tentang kajian pelancongan. Dalam konteks ahli kumpulan Layar kembara, laman blog ini adalah platform terbaik untuk mengembangkan kemahiran insaniah mereka. Ia mencakupi kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, berkomunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan dan etika serta moral profesional. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua. Saya yakin dan percaya, laman blog ini mampu memberikan informasi yang bermanfaat kepada pengunjungnya.

Sekian, terima kasih.


"Memastikan Kelestarian Hari Esok"

DR. JABIL MAPJABIL
Ketua Projek & Penyelia,
Kumpulan Penyelidikan Pelancongan,
Bahagian Geografi,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
118000 Universiti Sains Malaysia.

Tuesday, August 10, 2010

KALENDAR LAYAR KEMBARA

BERITA DAN PERISTIWA

Dr. Jabil tugaskan saya update blog...

Sunday, June 27, 2010

DI BALIK LAYAR KEMBARA



Layar Kembara adalah simbol kepada inspirasi kumpulan ini untuk terus gah berlayar di lautan ilmu. Layar dapat direpresentasikan sebagai skrin atau monitor yang menjadi platform untuk mendokumentasikan segala aktiviti, sumber rujukan, perkembangan penyelidikan dan pencapaian kumpulan ini. Di balik layar yang berkembang ditiup bayu dan badai menyingkap tentang aspirasi dan dedikasi kumpulan ini dalam meneroka pelbagai isu dan topik dalam bidang pelancongan. Kembara membawa maksud perjalanan. Perjalanan adalah makna dan ciri asas dalam pelancongan. Kembara juga menjadi suatu lambang kekuatan untuk kumpulan ini untuk terus tegar dan kental menghadapi cabaran yang mendatang dan berdaya saing. Layar kembara mendokong idea kelestarian dan menjadikan nukilan dan hasil penyelidikan ini sebagai 'produk' yang mampu memberikan manfaat dan sampai kepada mereka di bawah sana (bottom billion)…

SAJAK KEMBARA

Kembara

ada angin di layar hamil
ada lautan
di kaki basah kenyataan
ada seampaian mimpi
di lengkung langit,
ada bahasa adab
pada kibarannya
dari air ulu
mengalir bahasa dan kisah bangsa.

x

di daratan lain, di paya jauh
ada janji lain
di hutan lain tualang lain
ada bunga beza

x

sertailah gelombangku
kerana lancang
membuka mata impian
geladakku melantai dunia
olengannya merentap kebiasaan
haluan kembara mencari beza
mendengar suara laut
mengusut arah makna
di pasir teluk dan riuh pasar
aku mentelaah manusia
belajar mentadbir titik darah kekejaman,
dan musuhnya -
kasih yang bersuara percaya.
di pinggir tebing dan tali arus
aku mengumpul perbezaan
dan merayakan kelainan.

Disumbangkan oleh;
Muhammad Haji Salleh
Sasterawan Negara
Tokoh Akademik Negara 2008.

[Sumber : Jabil Mapjabil & Kadir Din. 2010. Pelancongan di Malaysia : Isu-Isu Penyelidikan Terpilih. Sintok : Penerbit UUM]

Thursday, June 24, 2010

Perkembangan terkini

Blog layar Kembara akan dilancarkan pada Ogos 2010..Tungguuuu.....




Kalendar aktiviti Layar Kembara